Harimau , 2 buaya , 2 tikus dan lebah ..
Astagfirullahalazim ..Take a few minutes of your time ..
UNTUK RENUNGAN BERSAMA ..
Ada seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan .. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu , tiba tiba dia terdengar satu bunyi .. jeng ! jeng ! jeng ! bunyi .. aauuummmmm !!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja .. Jadi , si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri .. Harimau tu kejar hamba Allah ni .. Sebab dia dah lapar sangat ni .. Harimau tu pun kejar , kejar , kejar dan kejar .. Hamba Allah ni punyalah takut , berlari lintang pukang .. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi .. Dengan kuasa Allah , diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya .. Jadi untuk menyelamatkan diri , si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi .. Perigi tu ada tali dan sebuah timba .. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu .. Tali tu pendek jer .. Jadi dia bergantungan di tengah tengah perigi .. Di mulut perigi , harimau yang lapar tu menunggunya .. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri , sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan .. Tengah berfikir macam mana nak selamat , tiba tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi .. Aaaaa!!!! Ya Allah .. lagilah seram dibuatnya .. Nak tahu ada apa kat bawah tu ?? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan .. Apalah nasib .. Dah jatuh ditimpa tangga .. lagilah takut si hamba Allah ni .. Atas ada harimau , bawah ada buaya .. Semakin risau dan takut .. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar , tiba iiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah celah perigi , naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut .. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak .. Cis , kurang ajar punya tikus .. Alahhhh .. macam mane ni .. lepas tu , keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam .. Naik mengikut tali tadi , cit ! cit ! cit !cit ! sampai kat atas .. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu .. Cis , lagi satu .. Macam mana aku nak buat ni .. habislah jadi mangsa buaya .. Berfikir lagi .. Kalau naik kat atas makan dek harimau .. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya .. Macam mana ni .. Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya , tiba tiba terdengar satu bunyi .. uuuuuuuuuuuuu .. Bunyi lebah bawa madu .. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit , melihat lebah yang sedang bawa madu .. tiba tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi .. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata .. Hamba Allah tu kata , "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni .. Sedapnya .. Subhanallah sungguh sedap ni .." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah .. Kalau semua nak tahu .. si Hamba Allah itu adalah kita semua .. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita , ajal memang sentiasa mengejar kita , so beringat ingatlah .. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti .. Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita .. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita .. Kan tikus tu gigit tali tu .. Madu .. madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia .. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya , dia lupa pada harimau dan buaya tu .. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah .. Waktu susah baru la nak ingat Allah .. Astaghfirullah .. 1 minit untuk mengingati Allah
Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH , MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
Step 2: Hayatilah sedalam dalamnya akan makna ayat demi ayat , perkataan demi perkataan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar